Friday, February 18, 2011

20110218 training oooo...training...

20110218

Salam....

Hari ni sebenarnya tak de la bz sangat kt opis aku. Cumanya aktiviti malam agak meletihkan sikit. Aku cuba wujudkan kembali perkara yang agak lama aku tinggal. Walaupun rasanya aku dah macam tak layak nak buat perkara ni, tapi aku gagahkan juga disebabkan semangat yang aku dapat dari orang lain.

Aku cuba ingat kembali apa yang aku belajar dulu, yang pernah aku lalui masa zaman muda-muda dulu (kira sekarang aku dah bangka dah...hahahaha!!!) Waktu dulu, masa muda-muda dulu, masa tu stamina ok lagi. Tapi sekarang aku dah rasa macam semput. Huhuhu!!!! Almaklum laaaa...bila masa aku nk pergi jog, bila masa aku nak pegi training dengan kerja yang agak berlambak yang perlu aku selesaikan sebelum aku berangkat ke Kluang, Johor sebab kursus...huhu!!!

Aku cakap kat bebudak yang aku buat tu, korang yang agak-agak rasa nak mengeraskan badan ke, nak bina jati diri ke korang turun la training. Cumanya, aku hanya bole conduct untuk perkara-perkara yang asas saja. Yang lain korang kena asah sendiri. Ooo..lupa lak aku...perkara training ni bukan le maksudnya training bola ke apa ke...training silat olahraga maksud aku.

At the end of the training aku lecture la kat bebudak ni...melalui silat, korang bole explore dunia luar. Percaya tak? Tapi dengan syarat korang kena la ada rasa nak mengkaji dan rasa nak mencari ilmu dan aplikasikan perkara tu pada silat. Sounds quite silly is it? Tapi memang betul apa yang aku cakapkan tu. Cuba bayangkan, melalui ilmu sains pemakanan yang rasa aku ada dalam buku sains tingkatan 3,4 & 5 ada tentang kaitan antara makanan dan tenaga. Melalui perkara tu, cuba korang aplikasikan dengan silat. Agak-agak berguna atau tak? Pada aku kalau korang dapat balance antara permakanan dan tenaga, musti korang akan form gegila punya. Try la kalau tak percaya. Bunyi macam karut. Tapi hakikatnya? Yang lain aku tinggalkan untuk korang fikirkan sendiri.

Aku ada gak cabar bebudak yang aku train tu untuk berjaya dalam ilmu. Ambil sifat dalam silat, sentiasa mencari ilmu. Aplikasikan perkara tu dengan real life sekarang. Banyak gak perkara yang aku lecture kt bebudak tu. Aku bukan apa...aku hanya nak diorang berjaya dan aku tak nak diorang leka dengan apa yang ada kat sekeliling diorang je sebab itu semua akan buat diorang hanyut tanpa arah tujuan.

Akhirul blog, fikir-fikirkan...melalui seni bela diri, kita boleh membina diri sendiri agar menjadi lebih berjaya, mempunyai jati diri dan bersifat berani. Tak percaya? Cubalah!

Tuesday, February 15, 2011

20110215 Miskin...oh...miskin!!!

Salam...

Hari ni sebenarnya merupakan hari cuti umum sempena Maulidur Rasul. Kalau ikutkan aku malas nak kemana-mana hari ni. Ingat nak stay kt rumah je. Tapi bila mengenangkan ada lagi kerja yang belum diselesaikan, aku terpaksa keluar jugak laa...huhuhu!!!

Hari ni agenda aku dengan staf aku adalah buat siasatan berkenaan golongan miskin. Nak kata ramai tu tak la jugak...dalam 17 orang. Aku keluar dari rumah dengan staf aku dalam jam 1130 hrs. Destinasi pertama aku apa lagi...kedai makan dulu la...lapor beb!!! Then kami pun bergerak le ke kawasan siasatan (dah macam detektif la pulak!hahahaha!)

Berbekalkan kamera aku, pen dengan list yang penuh dengan nama-nama peserta, kami buat apa yang sepatutnya dibuat. Sebenarnya hari ni misi nak habiskan lebih kurang 11 orang je lagi sebab semalam aku dengan staf aku dah collect data 6 peserta. Hari ni kena pulak cuaca yang agak panas (biasa la...dh musim kemarau). Dari satu kampung ke satu kampung kami gerak. Tanya macam-macam. Almaklumlah...bukan mudah nak kenal pasti seseorang tu berlakon miskin atau sememangnya miskin dan aku tak nak silap langkah dalam memilih peserta yang dicadangkan. Huiii...bukan senang wo!!! Manusia ni sememangnya banyak akal. Biar tak pandai asalkan jangan memandai-mandai...dan golongan inilah yang paling banyak aku jumpa. Berlakon macam lagak miskin padahal punya harta dan kemampuan. Aku pun tak tahu laaaa...apa punya manusia yang suka ambil kesempatan terhadap bantuan yang disediakan untuk golongan yang tak bernasib baik..

Aku teringat satu insiden masa aku memula masuk kerja dulu. Hal yang sama berlaku. Datang mengaku miskin padahal datang ke opis aku naik kereta wira yang boleh dikatakan agak baru. Gila apa!!! Masa tu senior aku ada sekali...korang nilai la sendiri berdasarkan dialog yang aku buat ni dan dialog ni adalah berdasarkan situasi sebenar yang berlaku didepan mata aku...dialognya lebih kurang mcmni...

Pelakon Lagak Miskin (PLM) : encik, sy nak mohon bantuan rumah baru..
Senior (S) : Nak tanya sebelum tu..kamu ni Islam ke?
PLM : Ye encik..
S : ooo..Islam...ingat kot bukan...sbb masuk opis sy ni tak bagi salam..tetiba je nk mintak bantuan sy..
PLM : minta maaf la encik...
S : kita ni orang Islam, ada adab..bukan main redah je!
PLM : mcmana encik?boleh ke sy mintak bantuan rumah baru?
S : kamu ni kerja apa?
PLM : sy kerja kampung je.
S : pendapatan bulanan?
PLM : cukup2 makan je encik...adala dalam 3,4 ratus sebulan.
S : betul ni? tp kalau ikut maklumat yang sy dapat, kamu ada tanah 3,4 ekar. siap ada bela kambing lagi?kiranya kamu ni berkemampuan la kan?
PLM : ehhh..mana ada encik? sy ni kerja kampung je encik...
S : ke kamu nak sy doakan kamu ni susah?
PLM : apa doa-doa ni encik?ada pulak minta sy jadi susah...(mula naik angin) encik ni nak bantu sy ke tak?mcm ni ke kerja?
S : kamu jangan buat aku naik angin!
PLM : habih tu encik nk doakan sy susah tu tak pe pulak?
S : memang pun!sebabnya kamu bohong dengan aku! aku nampak kamu datang sini naik wira.kalau tak silap aku kereta tu baru je keluar dalam 3,4 tahun lepas. tengok nombor plat pun aku dah tahu. kamu tak tahu malu ke?dah la berkemampuan, tapi mengaku miskin! aku tahu la rumah bantuan tu rumah free! malu la sikit kalau nak ambik kesempatan pun!kalau bukan hak kamu, kamu ambik...apa hukumnya???
PLM : takpe la encik, sy balik dulu (muka merah padam menahan malu)

so..korang nilaikan sendiri situasi tu. Aku berterima kasih laaaa pada senior aku sebab bagi tunjuk ajar pada aku tentang helah-helah yang biasa digunakan untuk minta bantuan. Aku mohon pada Allah agar sentiasa melindungi aku dari tersilap langkah dalam memilih calon untuk aku ketengahkan sebagai penerima bantuan. Kerja siasatan bersama staf aku selesai dalam jam 1830hrs. Melalui siasatan tu, aku dah dapat calon untuk aku sokong dan aku singkirkan. Thanx untuk staf aku atas komitmen yang diberikan. Bersama-sama dengan aku even dalam masa bercuti.

Akhirul blog, fikir-fikirkan...manusia dikurniakan kemampuan yang berlainan. Salah satu dugaan adalah kemiskinan dan tak berkemampuan. Adalah mudah untuk kita menjadi miskin baik dari segi harta atau akhlak. Tapi kemiskinan itu bukanlah satu batu loncatan untuk seseorang mengambil hak orang lain yang sememangnya bukan hak orang tersebut. Rezeki Allah bagi dan rezeki itu bertambah apabila kita sentiasa berbakti kepada orang lain baik dari segi harta atau tenaga dan juga masa, doa daripada orang lain dan selalu bersyukur ke hadrat Allah atas segala nikmat yang dikurniakan buat kita.

Wassalam...

Monday, February 14, 2011

201102014...12 Rabiulawal 1432 Selawat dan Salam buat junjungan besar Muhammad S.A.W

salam....

“Tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi Rahmat bagi sekalian alam.” (Surah Al-Anbiya ayat 107)

aku mulakan sesi ini dengan selawat buat junjungan besar Muhammad S.A.W, pembawa rahmat seluruh alam...

hari ni sebenarnya aku agak kelam kabut dengan segala hal yang harus aku uruskan dan mesti aku selesaikan sebelum aku kena pergi kursus minggu depan...adeh!! hari ni aku kena buat siasatan terhadap golongan-golongan miskin dan mereka-mereka yang mengaku miskin. terlalu banyak yang mengaku miskin dan kekurangan padahal mereka mampu dan lebih dari mampu. aku punya pendapat cukup mudah...mereka yang benar-benar miskin takkan mengaku mereka ini miskin dan tak mengharapkan bantuan daripada pihak lain. bab ni aku tabik pada golongan ni. dan golongan yang satu lagi boleh buat aku menyampah yang amat sangat. tapi demi tanggungjawab, aku mesti laksanakan...

tinggal bab tu..kang kalau aku terlebih emo payah lak...aku bukan boleh bab-bab ni...hehehe!!!

hari ni malam 12 Rabiulawal..pada aku,ini adalah detik yang cukup-cukup bermakna dan bersejarah buat sekalin umat manusia amnya dan khususnya buat umat Islam. lahir Muhammad S.A.W membawa rahmat buat sekalian alam...ya Allah...agungnya tentuan takdirMu..syukur aku panjatkan kepada Allah S.W.T atas limpah kurnia rahmatNya dengan mengurniakan seorang hambaNya yang membawa rahmat dan cahaya buat seluruh alam yang dahulunya penuh kelam. seingat aku seperti yang ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah aku pernah cerita kat aku masa sekolah dolu-dolu, sebelum lahirnya hamba Allah yang cukup-cukup mulia yang menjadi kekasih Allah, tentera Abrahah menyerang kota Mekah Al-Mukarramah dengan tentera bergajah..dan Allah hancurkan mereka dengan mengutus dan memerintahkan burung-burung ababil membawa batu-batu dari neraka. dan akhirnya hancurlah tentera Abrahah itu seperti daun-daun yang dimakan ulat. lanjutan dari itulah turunnya Surah Al-Fil yang membawa maksud Gajah..dan selepas peristiwa serangan itu, lahirnya Muhammad S.A.W..dan tahun tersebut dikenali sebagai Tahun Gajah.

kata para ustaz dan ustazah aku lagi, saat kelahiran Rasulullah adalah detik yang cukup-cukup indah dan sekalian alam menyambut keputeraan Rasulullah dengan penuh rasa syukur dan gembira dan alam ni bagai disinari dengan cahaya yang amat menakjubkan. sudah semestinya! lahirnya kekasih Allah yang membawa cahaya menyuluh kegelapan alam semesta.

itu baru saat kelahiran. bayangkan semasa kekasih Allah ini hidup..walau penuh dengan dugaan dan rintangan, semua ini menguatkan lagi azam Rasulullah untuk menyebarkan agama Islam dan menjadikan Islam satu pegangan yang berdiri kukuh. hasilnya dapat kita lihat sekarang. betapa Islam itu subur dengan pengorbanan dan kasih Rasulullah S.A.W. walaupun dihujani dengan pelbagai fitnah oleh mereka yang bencikan kesuburan Islam, Islam terus subur dan mekar.

kini, Rasulullah dah wafat dan meninggalkan kita. Rasulullah hanya tinggalkan buat kita 3 perkara yang cukup-cukup berharga sebagai panduan. Al-Quran,Hadis dan Sunnah Rasulullah. kerana pengorbanan dan kasih Rasulullah dan tertegaknya Islam di muka bumi ni, Rasulullah menjadi manusia yang hebat dimuka bumi sungguhpun sanjungan bukanlah menjadi kehendak Rasulullah.

“Maka disebabkan rahmat dari Allah (kepadamu Muhammad s.a.w) , engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka. Kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari kamu. Oleh itu ma’afkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadap engkau, dan mohonlah keampunan bagi mereka, dan juga bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan (permasaalahan keduniaan) itu. Kemudian setelah engkau berazam (untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakkal kepadaNya. (Surah Ali Imran ayat 159)

bayangkan betapa bila Rasulullah wafat, seluruh alam bersedih. setiap makhluk dibumi dan dilangit hiba dengan kewafatan Rasulullah. itu cerita ratusan tahun dahulu. tapi bukan cerita dogeng ke,cerita filem ke apa ke.ini kisah benar yang dikhabarkan untuk manusia zaman sekarang dan akan datang...

akhirul blog, fikir-fikirkan...satu selawat buat Rasulullah,sepuluh selawat Allah berikan untuk kita. kita kini hidup dengan kasih sayang daripada Rasulullah terhadap umatnya walaupun baginda tidak pernah bertemu dengan kita. sungguhpun Rasulullah telah wafat, kasih sayangnya buat kita tidak pernah berkurang..dan baginda Rasulullah S.A.W adalah pemberi syafaat untuk kita semasa disana nanti selagi kita amalkan warisan yang ditinggalkan oleh junjungan besar baginda Rasulullah S.A.W untuk kita...

wassalam...

Sunday, February 13, 2011

20110213 manusia yang tamak....





salam...

menurut tekong aku, bot-bot nelayan yang korg nampak tu sebenarnya adalah bot pukat rimau. pukat rimau ni telah diharamkan di Malaysia ni sbb habis semua tok,tok nek,mak bapak cucu anak ikan semua dia kaut dgn sekali tundaan. siap musnahkan karang-karang yg ada dalam perut laut. ini la manusia yang tamak yang hanya fikir tentang keuntungan semata-mata. yang korg tengok tu 3 bot je...tp sebenarnya empat bot.dan empat-empat bot ni menggunakan teknik yang sama....memang betul la manusia tamak!!!!

apa la nasib nelayan-nelayan pesisir yang hanya mencari rezeki berdekatan dengan karang-karang...berapalah sangat pendapatan diorg berbanding manusia-manusia yang tamak tu...aku perasan masa bot tu lalu,aku nampak tali yang masuk terus ke air kt belakang bot tu. bukan la aku ni nk jadi pembela nasib sesiapa, cumanya aku benci manusia yang tamak yang hanya fikirkan keuntungan seseblah pihak saja. aku rasa mcm nk je g ke bot tu,tenggelamkan bot tu skali dengan pukat-pukat dia...bodoh!!!!

aku minta-minta agar ada pihak berwajib yang dpt pantau dan ambil tindakan terhadap manusia yang rakus yang bodoh mcm diorg tu...

akhirul blog,fikir-fikirkan....kita bukan hidup seorang je dalam dunia ni. semua manusia bergantung harap dengan manusia-manusia lain..jgn dek kerana kerakusan nk mengaut untung, kita jadi lupa dengan t/jwb kita pada alam dan manusia lain...

20110212&20110213 ikan...ohhh...ikan...!!!

20110213 & 20110212

salam....
kali ni rangkum dua hari skali...hehehe!!!sbbnya takde aktiviti sangat yang aku buat. cuma pada sebelah petang 12/11/2011, aku berhanyut ke tengah laut...apa lagi...memancin
g laaaa...hehehe!!! aku pegi dengan member aku d
ari Ipoh. dia dgn sepupu dia...masuk dgn aku sama tekong, kami 4 orang berhanyut ke tengah... Tekong kami ari tu namanya Pak Mat...

Bertolak dari Kunci Air Sematang, Kg Teluk Penchalang dalam jam 6.30 petang. dan smpai kt tapak pertama kat Karang Teluk Selat dalam kul 7.30 Ptg...kat situ kami melabuhkan pancing masing...memang dalam tpt tu..rasa2nya kedalaman lbh kurang 50meter... sbbnya kat situ juga ada kapal bawa arang batu utk kegunaan loji kuasa TNB JanaManjung...

lbh kurang dlm kul 8.30mlm,satu sentakan kuat kena kt pancing kawan aku tu. karau punya karau,line dia lak leh putus...adoiiii!!! aku dpt bayangkan...memang saiz bagak yg menarik tali dia tu...

then dlm lbh kurg 9 mlm,henjutan berlaku kt rod aku...huhuhuhu!!!best giler layan....pas lbh kurg 15min menahan asakan,mendarat la seekor ikan jenahak bersaiz agak bagak seberat 4kg. huhuhu!!!pas tu senyap jap smpai kt kul 10...then sepupu member aku kena pulak asak...kali ni kena asak dengan kerapu manis...not bad...weighted about 1kg...pas 30min,kitorg tukar tapak..dlm pada tu,dapat la jugak sotong yang di sauk...best tu!!!!
cumanya yg aku rasa agak tensi sbb gambar masa fight tu takder...camera henset aku kalau tngkap konpom nmpak gelap...hahaha!!!lighting tak cukup..

then kami bergerak menuju ke Pulau Nipis...salah satu tpt dlm kepulauan sembilan. menarik gak kt situ...depth around 70metres. kt tapak ni bermula mcm pesta menyauk sotong dgn pesta jenahak...hehehe!!!!kt tapak tu kami lepak smpai kul 4 pagi..cuaca mmg cantik...air lenang je...kat situ nk kata banyak takder la...tp naikkan ikan kat situ dlm hampir 6 ekor jenahak...hehehe!!!...

jam dh kat kul 7 pagi 13/02/2011...then kami menuju ke tapak bot...kat situ aku naikkan seekor keris berat hampir setengah kilo..huhu!!!then member aku naikkan seekor kerapu dlm hampir stgh kilo gak...then bila tekong kata kita gerak balik dalam 15 lagi,aku labuhkan umpan aku ke dasar...last catch aku sbg penamat ekspedisi kali ni,aku naikkan kerapu berat dlm setgh kilo..hehehe!!jgn jeles...rezeki Allah bagi...Alhamdulillah....

then kitorg gerak balik ke pengkalan....lain kali kami akan pergi memancing lagi...jenahak,kerapu, senangin....tunggu lah kau.....

Friday, February 11, 2011

20110211 manusia yang pengotor...

20110211

salam....

its quite busy today...macam2 nk kena buat. semalam dapat list untuk buat siasatan e-kasih. aduiii...rasa macam agak stress sikit sbb nak kena hantar on 18/02...nk kena soal selidik.then nk kena tangkap gambor...pas tu nk kena buat slide. tak pe la...aku anggap as my responsibility eventhough i know it won't be a perfect thing la kan....

tadi around 1500hrs, ada meeting berkenaan J/K Wabak Denggi. its quite hilarious actually. kita semua sedia maklum yang kebersihan adalah punca segala-galanya. denggi adalah penyakit bawaan nyamuk aedes. aku pelik,rasa lucu dengan apa yg terjadi. ye la kan...ramai orang kata penyakit ini adalah bawaan nyamuk..puncanya juga adalah nyamuk. tp ramai yang tak sedar bahawa segala-galanya berpunca daripada kita sendiri. aku boleh kata 95% adaalah salah kita dan 5% tu adalah berpunca daripada nyamuk. pada aku nyamuk tu tak salah pun sebab nyamuk lakukan apa yang seekor nyamuk selalu buat. aku tak paham (bak kata Leman Raja Lawak 5)...

kebersihan itu satu tuntutan. melalui kebersihan juga la kita dapat menilai peribadi seseorang tu. buat la 1000 kali gotong royong dalam sebulan..tapi kalau self awareness ttg kebersihan tu takde,mmg tak jalan punyalah! ada jugak pihak yang sering menuding jari untuk menyalahkan orang lain. seperti ada satu program gotong royong yang aku sertai. ada ke patut seseorang tu katakan "kenapa bila dh ada wabak baru nk buat gotong royong?" bangang jugak orang tua ni... cakap langsung tak fikir,tak guna kepala,tak guna akal... memula tu ingat nk smash aku la tu... nasib baik la ada seorang hamba Allah ni smash balik...katanya..

"ingat wabak ni datang macam bas ke?nampak je bila nk lalu?"

dah kena 10-0...hahahaha!!!!
aku pun tak bagi can...terus kasi tambah....nk bagi menang straight 20-0

"bukan salah nyamuk la...ni semua salah kita sendiri sebab tak mabil berat ttg kebersihan. tau tak 95% punca penyakit tu sebab kita sendiri?nyamuk tak salah apapun...bukan ke incek ada kuasa dalam hal-hal yang berlaku dalam kawasan PBT?apa yang incek buat?dok senyap je la kan?program gotong royong ni pun kalau kwn sy ni tak call bgtau,sure incek tak turun jugak kan?saya nampak incek naik kereta td.bole menjeling je kat kami..."

memang aku taram lama dah kt mangkuk ni...aku ingat makin berumur,makin berguna le otaknya...sekali berkarat tak hingat....cehhhhh!!!!!

biarlah dia...tapi aku rasa peluang tu akan datang lagi...mcm "tora datang lagi..."hahahaha!!!!

esok aku ada program...then petang rasanya aku jadi nelayan...berhanyut ke Pulau Sembilan..memancing beb!!!huhuhuhu!!!

satu perkara untuk kita fikirkan bersama...apa yang berlaku selalu kita salahkan pihak lain tanpa kita sedar sebenarnya kita menuding dan membuka kelemahan sendiri.kalau kelemahan itu kita atasi dengan kebaikan takpe la jugak...tp kita buruk dan tambahkan lagi apa yg sedia buruk dalam diri kita sendiri...
akhirul blog,sendiri fikir...sendiri sedar akan ruang dan kesempatan yang ada pada kita.gunakan sebaik mungkin.ingat,jagalah kebersihan kerana kebersihan itu satu tuntutan...

wslm...